Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Tertinggi Universiti atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap fakulti. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pasukan pengurusan fakulti serta seluruh warga akademik dan pentadbiran, terdahulu dan kini, atas dedikasi mereka dalam memajukan FSDK.
FSDK memberi penekanan terhadap pembangunan pelajar melalui program mobiliti dengan institusi rakan kongsi serta pencapaian dalam pensijilan profesional dan pengiktirafan industri.
FSDK juga terus mengukuhkan kerjasama dengan industri melalui perkhidmatan perundingan dan program eksekutif.
Semoga FSDK terus memberikan sumbangan positif kepada ilmu pengetahuan, industri, dan masyarakat.