FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


Kami di Fakulti FSDK beriltizam untuk:

1. Perkhidmatan Akademik
    •    Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, berinovasi serta berfokus kepada keperluan industri.
    •    Memastikan maklum balas penilaian pelajar dipantau dan ditambah baik setiap semester.

2. Perkhidmatan Pelajar
    •    Memastikan semua pertanyaan pelajar dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
    •    Menyediakan bimbingan akademik dan sokongan pembangunan diri secara berkala.
    •    Menjamin proses permohonan seperti penyeliaan projek, penangguhan, dan rayuan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.

3. Urusan Pentadbiran & Khidmat Sokongan
    •    Memproses surat rasmi, pengesahan, dan permohonan staf/pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja.
    •    Mengendalikan aduan pelanggan dengan penuh profesionalisma dan memberi maklum balas awal dalam tempoh 24–48 jam.
    •    Menyediakan persekitaran fakulti yang selamat, bersih dan kondusif.

4. Kerjasama Industri & Komuniti
    •    Memperluas jaringan kerjasama dengan industri dan komuniti bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
    •    Memastikan sekurang-kurangnya dua program engagement bersama industri/komuniti diadakan setiap semester.

5. Integriti & Tadbir Urus
    •    Mengamalkan prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam semua urusan fakulti.
    •    Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan selaras dengan peraturan dan undang-undang universiti.