FACULTY OF DATA SCIENCE AND COMPUTING
Universiti Malaysia Kelantan

Faculty Events



Title: SIAP SIAGA BANJIR FSDK 2023
About:

20 NOVEMBER 2023 | SIAP SIAGA FSDK HADAPI BENCANA BANJIR

Seluruh warga kerja FSDK telah turun padang bersama-sama bagi memindahkan peralatan elektronik di Makmal Artificial Intelligence dan Makmal Internet of Things di UMK Kampus Kota ke tempat yang lebih tinggi dan selamat bagi persediaan menghadapi bencana banjir susulan musim tengkujuh yang mula melanda ketika ini. Terima kasih kepada semua staf yang telah bersama-sama menyumbangkan tenaga bagi menjayakan gotong-royong ini.

Semoga usaha bersama ini melindungi kita dari banjir dan menjaga keselamatan kita semua.

Jaga diri, jaga keluarga dan utamakan keselamatan kita semua!


Location:
Start Date: 20-Nov-2023
End Date: 20-Nov-2023
Time:

Title: HELLO WORLD FSDK WITH FRESHIE SEPTEMBER 2023/2024
About:

12 OKTOBER 2023 | HELLO WORLD FSDK WITH SEPTEMBER FRESHIE 2023/2024

Seramai 197 orang pelajar FSDK yang terdiri daripada 71 pelajar baharu dan 126 pelajar lama telah menghadiri program yang dianjurkan oleh FSDK iaitu “Hello World with Freshie September 2023/2024” bertempat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) kepada para pelajar baru.

Program ini bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli, yang memperkenalkan serba sedikit latar belakang FSDK. Kemudian, program dimeriahkan lagi dengan tayangan video montaj FSDK yang menggambarkan sejarah penubuhan FSDK dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh fakulti.

Program ini telah dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pertama, adalah sesi pengenalan kepada Struktur Kurikulum Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), yang disampaikan oleh Ts. Dr. Nor Alina Ismail, Ketua Jabatan FSDK. Seterusnya, Prof. Madya Dr. Nooraini Yusoff memberikan pendedahan mengenai Pengkhususan dalam Bidang Artificial Intelligence. Dr. Fakhitah Ridzuan mengupas Pengkhususan dalam Data Science, manakala slot terakhir melibatkan taklimat pemindahan kredit yang disampaikan oleh Ts. Dr. Hadhrami Abdul Ghani, Timbalan Dekan FSDK. Program berakhir dengan sesi soal jawab yang membolehkan para pelajar bertanya mengenai sebarang perkara yang tidak jelas.

Selamat datang dan tahniah kepada 71 pelajar terpilih yang akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), yang merupakan program akademik baharu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Selamat menjalani pengalaman pembelajaran yang menarik di FSDK UMK!


Location: Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota.
Start Date: 12-Oct-2023
End Date: 12-Oct-2023
Time:

Title: COLLABORATION DISCUSSION BETWEEN FSDK AND IARE
About:

31 OCTOBER 2023 | COLLABORATION DISCUSSION WITH BETWEEN FSDK AND IARE

Faculty of Data Science and Computing (FSDK) received a special visit from the Institute of Aeronautical Engineering (IARE), which is located in Hyderabad, India. The representatives from IARE included Dr. L V Narasimha Prasad, their highly respected Principal and Dr. P Ashok Babu, who heads the Artificial Intelligence and Cyber Security Department at IARE. The delegation from IARE was warmly welcomed by Assoc. Prof Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli, Dean of the Faculty of Data Science and Computing (FSDK) and the other top management FSDK.

During their visit, the primary topics of discussion revolved around student mobility programs and fostering collaboration among the faculty members. This signifies a shared interest in promoting academic exchange and cooperation between the two institutions. The meeting highlighted the potential for significant and fruitful collaborations in the future between UMK and IARE. Both institutions see an exciting opportunity for partnership and aim to explore various avenues of cooperation.


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota
Start Date: 31-Oct-2023
End Date: 31-Oct-2023
Time:

Title: KONVENSYEN INOVASI DAN TEKNIKAL NUKLEAR, MALAYSIA (NITC 2023)
About:

25 OKTOBER 2023 | KONVENSYEN INOVASI DAN TEKNIKAL NUKLEAR, MALAYSIA (NITC 2023)

Seramai 4 orang pelajar Tahun Kedua FSDK program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat telah menyertai Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia (NITC) 2023 yang telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor.

Pelajar-pelajar tersebut adalah Muhamad Danish, Muhammad Iqmal, Nur Fatihah Amani dan Muhamad Fikri. Projek yang dibentangkan bertajuk Ecowatch: Intelligent Water Pollution Detection and Monitoring System. Projek yang dilaksanakan oleh para pelajar ini telah diselia oleh Dr. Fakhitah Ridzuan dan Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani.

Untuk pengetahuan semua, Ecowatch telah timbul sebagai respons kepada situasi pencemaran air yang berlaku di Malaysia. Inovasi ini bertujuan membangunkan sistem amaran masa nyata yang dapat mengesan bahan berbahaya atau tahap pencemar tidak normal dengan cepat dan memberikan amaran automatik kepada pihak berkepentingan untuk membolehkan tindak balas cepat dan mengurangkan penyebaran pencemaran air, menjaga sumber air, kesihatan ekosistem, dan kesejahteraan manusia


Location: Dewan Tun Dr Ismail, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor.
Start Date: 25-Oct-2023
End Date: 25-Oct-2023
Time:

Title: SAMBUTAN HARI STATISTIK NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
About:

20 OKTOBER 2023 | SAMBUTAN HARI STATISTIK NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Sempena sambutan Hari Statistik Negara 2023 dengan slogan “Statistik Nadi Kehidupan” di peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu dengan kerjasama daripada Jabatan Statistik Malaysia, Kelantan telah berjaya menganjurkan Mini Karnival Statistik yang meriah dan dihadiri ramai pengunjung.

Seramai tiga orang pelajar daripada Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah turut serta dalam Pertandingan Olimpiad Statistik. Ketiga-tiga pelajar ini adalah pelajar Tahun Kedua dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, iaitu Ng Poh Siang, Nurul Syazana Roslimi dan Puteri Nurdayana Batrisya Md Hasbi. Para pelajar telah diselia oleh Dr. NurZulaikha Mahd Ab Lah, pensyarah kanan FSDK.

Selain daripada pengalaman berharga ini, pelajar-pelajar turut berjaya mendapat tempat saguhati, yang merupakan pengiktirafan tambahan kepada usaha mereka yang gigih dan komitmen dalam Pertandingan Olimpiad Statistik. Semoga pengalaman ini akan terus memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan pencapaian cemerlang dalam bidang statistik, yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.


Location: UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu
Start Date: 20-Oct-2023
End Date: 20-Oct-2023
Time:

Title: POTENTIAL COLLABORATION MEETING BETWEEN UMK WITH LEIDEN UNIVERSITI
About:

19 OCTOBER 2023 | POTENTIAL COLLABORATION MEETING BETWEEN UMK AND LEIDEN UNIVERSITY

The event occurred at the IR 4.0 Competence Centre situated on the UMK City Campus. The delegation from Leiden University was warmly welcomed by key figures, including Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli, serving as the Dean of the Faculty of Data Science and Computing (FSDK). In addition to these individuals, representatives from various academic departments, encompassing FSDK, AIBIG, FTKW, and FBI, were also in attendance at the event.

Prominent members of the delegation featured Prof. Bart Barendregt, who occupies the esteemed role of Professor and UNESCO Chair of Digital Diversity at the Institute of Cultural Anthropology and Development Sociology (CADS). Dr. Reza Shaker Ardekani, holding a Ph.D. in Cultural Geography from the University of Groningen, was another integral part of the delegation. Furthermore, Mr. Low Weiyan, a Ph.D. candidate specializing in Cultural Anthropology at Leiden University, was among the attendees.

Throughout the meeting, various topics were discussed and shared, facilitating productive dialogue and the exchange of knowledge among the participants.


Location: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa
Start Date: 19-Oct-2023
End Date: 19-Oct-2023
Time:

Title: LAWATAN SUPERVISION PELAJAR LATIHAN INDUSTRI FATONI, THAILAND
About:

9 OKTOBER 2023 | LAWATAN SUPERVISION PELAJAR LATIHAN INDUSTRI FATONI UNIVERSITY, THAILAND

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah menerima kunjungan delagasi dari Fatoni University(FTU), Thailand. Seramai 5 orang dari FTU iaitu Mr. Abdunfatah Masamae (Timbalan Dekan Pendidikan dan Jaminan Kualiti Akademik, Faculty of Science and Technnology ¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿ ¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿ fst fatoni university), Mr. Maroning Useng (Pengarah Akademik Pusat Sumber), Dr. Sahidan Abdulman (Ketua Jabatan Department of Data Science and Analytics, Fatoni University) dan Mr. Fauzan Mapa (Pengarah Department of Information Technology - FST, Fatoni University) telah hadir ke Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) (UMK) pada hari ini. Perjumpaan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan, UMK Kampus Kota.

Turut hadir bersama bagi menyambut kedatangan delagasi FTU adalah Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani (Timbalan Dekan FSDK) dan Ts. Dr. Nor Alina Ismail (Ketua Jabatan).


Location: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa
Start Date: 09-Oct-2023
End Date: 09-Oct-2023
Time:

Title: BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK FSDK 2023
About:

4-6 OKTOBER 2023 | BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN

Seramai 14 orang staf FSDK terdiri daripada akademik dan pentadbiran terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di Lalang’s Resort and Spa, Jeli. Tujuan bengkel ini diadakan bagi perbincangan dan pertukaran idea dalam usaha untuk memperkemaskan dan memperbaharui kurikulum yang ada.

Bengkel ini dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Dr. Hasyiya Karimah Adli, Dekan FSDK. Selain itu, aktiviti ice-breaking turut dijalankan sebagai sebahagian daripada permulaan bengkel dan bertujuan untuk memastikan bahawa setiap ahli fakulti dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Sesi perbincangan seterusnya diketuai oleh Ts. Dr. Nor Alina Ismail, Ketua Jabatan FSDK yang menyampaikan berkenaan dengan struktur kurikulum Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Para peserta bengkel telah menunjukkan penglibatan dan komitmen yang tinggi melalui siri perbincangan yang diadakan.

Sesi petang pula dimeriahkan lagi dengan aktiviti latihan dalam kumpulan (Team Building) seperti "Kain Pelikat" dan "Radio Buruk". Suasana semakin meriah dengan gelak tawa dan interaksi yang mesra dalam kalangan peserta dan menjadikan bengkel ini bukan hanya satu pengalaman pembelajaran tetapi juga pengalaman sosial yang memperkukuhkan ikatan di kalangan staf FSDK.

Semoga bengkel ini memberikan kesan yang positif kepada fakulti dan akan membuka pintu kepada pendedahan yang jelas kepada pensyarah FSDK mengenai semakan kurikulum dan telah memberikan peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan aspek semakan kurikulum. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang diperlihatkan oleh semua peserta, harapannya adalah bengkel ini akan mewujudkan perubahan positif dalam kurikulum dan pengajaran di FSDK.


Location: Lalang¿s Resort and Spa, Jeli
Start Date: 04-Oct-2023
End Date: 06-Oct-2023
Time:

Title: BROWN BAG SERIES 2023
About:

3 OKTOBER 2023 | BROWN BAG SERIES - RESEARCH PROPOSAL BANK AND PREPARATION

"Brown Bag Series - Research Proposal Bank and Preparation" telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Keusahawanan Maybank, UMK Kampus Kota.

Bengkel ini merupakan satu inisiatif yang sangat berharga dan telah disampaikan oleh Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani (Geran Padanan UMK), Timbalan Dekan FSDK, Dr. Muhammad Akmal Remli (Geran Antartika), Pengarah Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG dan Ts. Dr. Mazlan Mohamed (Geran Public-Private Research Network (PPRN)), Pensyarah Kanan FSDK/Felo Bersekutu AIBIG.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberikan panduan yang komprehensif dan persediaan kepada kakitangan akademik FSDK dalam aspek penyediaan dan penyusunan cadangan penyelidikan yang berkualiti. Pengalaman dan kepakaran daripada ketiga-tiga pensyarah ini telah membuka pintu kepada pengetahuan yang sangat berharga dalam bidang penyelidikan. Bengkel ini memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam sesi ini.


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota
Start Date: 03-Oct-2023
End Date: 03-Oct-2023
Time:

Title: LAWATAN PENANDA ARAS MSTG KE FSDK
About:

16 Rabiul Awal | 2 Oktober | Isnin

Unit Perancangan Strategik MSTG telah mengadakan lawatan penanda aras ke Faculty of Data Science & Computing UMK setelah MSTG dipilih sebagai sekolah angkat sempena Program UMK@School yang telah disempurnakan oleh YBHG. Naib Canselor UMK pada Jun lepas.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkuatkan kerjasama antara MSTG dan FSDK serta meningkatkan sinergi antara kedua institusi pendidikan ini. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan, pengalaman, dan kebolehpercayaan di antara kedua-dua institusi, serta mempromosikan pembangunan akademik.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs Tuan Pengetua dan semua Penolong Kanan termasuk 5 orang guru telah disambut baik oleh YBrs Dekan Fakulti Dr. Hasyiya Karimah Adli, Ts. Dr. Hadhrami Ab Ghani, Timbalan Dekan serta pengurusan tertinggi FSDK.

Semasa lawatan ini, delegasi telah diberi peluang untuk melawat beberapa fasiliti di Kampus Kota UMK, termasuk IR 4.0 Competence Centre. Di sini, mereka telah diperkenalkan kepada beberapa projek pelajar yang berkaitan dengan penggunaan IoT dan Dobot Magician, sebuah robotic arm yang memiliki pelbagai fungsi seperti pencetakan 3D, perekatan laser, menulis dan melukis. Selain itu, mereka juga telah mengunjungi perpustakaan UMK dan Makmal Data Science.

Majlis diteruskan dengan sesi pengenalan berkaitan FSDK yang diadakan di Ignite Venture Lab (IVL) yang disampaikan oleh Timbalan Dekan FSDK. Semasa perbincangan ini, pelbagai program telah dicadangkan untuk memperkukuhkan kerjasama antara FSDK dan MSTG pada masa akan datang.

Pihak MSTG sangat berterima kasih kepada pihak FSDK atas kesudian menerima kunjungan ini dan berharap bahawa hasil daripada lawatan ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


Location: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa
Start Date: 02-Oct-2023
End Date: 02-Oct-2023
Time:

Title: MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI ANTARA FTU DAN PELAJAR UMK
About:

21 SEPTEMBER 2023 | MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOBILITI ANTARA FTU DAN PELAJAR UMK

Majlis penutup ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat 30-201 Saleh Ali Building. Majlis ini telah dihadiri oleh Assist. Prof. Zakee Niseng, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar, Dr. Sahidan Abdulmana, Ketua Jabatan Sains Data dan Analitik, Aj. Fauzan Mapa, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, Aj. Maroning Useng, Pengarah Akademik Pusat Sumber.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada salah seorang pensyarah FST. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan penutup daripada Assist. Prof. Zakee Niseng dan kemudiannya pembahagian sijil dan cenderamata kepada 12 orang pelajar FSDK sebagai tanda penghargaan keranatelah menjayakan program mobiliti ini.

Para pelajar juga turut berkongsi pengalaman dan budaya baru yang telah mereka dapat sepanjang menyertai program ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh pelajar-pelajar, antaranya adalah pendedahan cara penggunaan Microsoft Power BI, ChatGPT, KNIME dan juga Adobe Photoshop.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Aj. Fauzan Mapa. Semoga segala ilmu dan budaya yang baru dapat dijadikan pengajaran dan pengalaman yang berharga kepada semua pelajar.

Pihak FSDK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak FTU kerana telah memberikan suatu pengalam yang berharga sepanjang program mobility ini berlangsung. . Semoga kerjasama erat antara FTU dan UMK akan terus berkekalan. Terima kasih.


Location: Bilik Mesyuarat 30-201 Saleh Ali Building
Start Date: 21-Sep-2023
End Date: 21-Sep-2023
Time:

Title: 9-22 SEPT | AKTIVITI PELAJAR SEPANJANG PROGRAM MOBILITI DI FTU
About:

9-22 SEPTEMBER 2023 | AKTIVITI PELAJAR FSDK SEPANJANG PROGRAM MOBILITI DI FATONI UNIVERSITY, THAILAND

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh pelajar-pelajar, antaranya adalah pendedahan cara penggunaan Microsoft Power BI, ChatGPT, KNIME dan juga Adobe Photoshop.

Para pelajar FSDK juga didedahkan dengan budaya masyarakat di Thailand melalui lawatan sambil belajar ke daerah Pattani untuk mempelajari sejarah dan budaya di sana.


Location: FATONI UNIVERSITY, THAILAND
Start Date: 09-Sep-2023
End Date: 22-Sep-2023
Time:

Title: EMPOWERING WOMEN IN TECH: BREAKING BARRIERS, BUILDING SUCCESS
About:

22 SEPTEMBER 2023 | EMPOWERING WOMEN IN TECH: BREAKING BARRIERS, BUILDING SUCCESS, JAKARTA, INDONESIA

Dr. Hasyiya Karimah Adli, the Dean of the Faculty of Data Science and Computing (FSDK), was invited as a speaker in this programme.

The other expertists from Saigon A.I, ASEAN Women Entrepreneurs Network, Microsoft Asia, Singapore and others were also invited to discuss on gender bias in Artificial Intelligence (AI) in order to create a fruitful discussion in this issue.

In this sharing, Dr. Hasyiya Karimah enunciated on a golden sand opportunity to redefine inclusive development for the region by elevating standards for data and ethical AI through collaborative efforts that involving multiple stakeholders. This is due the inclusive development seeks to ensure that the benefits of economic growth and technological progress are accessible to everyone, regardless of their genders, ethnicities, or socioeconomic status. In fact, by setting higher standards for data and ethical AI through a multistakeholder approach, it will contribute to a digital future that is more accessible to all users.


Location: JAKARTA, INDONESIA
Start Date: 22-Sep-2023
End Date: 22-Sep-2023
Time:

Title: LAWATAN KOLABORASI KE UNIVERSITAS MERCU BUANA (UMB), JAKARTA
About:

22 SEPTEMBER 2023 | LAWATAN KOLABORASI KE UNIVERSITAS MERCU BUANA (UMB), KAMPUS MERUYA, JAKARTA, INDONESIA

Lawatan kolaborasi ke UMB telah diadakan pada 22 September 2023 yang diwakili oleh Dr. Hasyiya Karimah Adli, Dekan FSDK. Fakulti yang dilawati di sana adalah Fakultas Ilmu Komputer (FASILKOM), UMB.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh Dekan Fakultas Ilmu Komputer (FASILKOM) UMB, Dr. Bambang Jokonowo, Timbalan Dekan, ketua Jabatan Keselamatan Siber, Ketua Jabatan Kecerdasan Buatan (AI), dan seorang pegawai dari Pejabat Antarabangsa UMB.

Sesi ini membincangkan peluang kolaborasi dalam program pertukaran pelajar iaitu FSDK bakal menerima 10 orang pelajar UMB untuk mendaftar kursus Pengenalan kepada Sains Data di bawah Program BIT bagi semester Sept 2023/2024. Selain itu, perbincangan dilanjutkan lagi berkenaan dengan pelantikan Co-Supervision bagi pelajar Indonesia dalam Program Master dan Doktor Falsafah (PhD) serta perancangan akan datang berkenaan dengan Program Joint Degree Master Mixed-Mode Data Science.

Pihak FSDK berharap lawatan ini akan membawa manfaat dan perkongsian ilmu yang berkekalan antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Universitas Mercu Buana Jakarta

Fasilkom MercuBuana


Location: UNIVERSITAS MERCU BUANA (UMB), KAMPUS MERUYA, JAKARTA, INDONESIA
Start Date: 22-Sep-2023
End Date: 22-Sep-2023
Time:

Title: PROGRAM JURULATIH DAN MENTOR UMK: KELAB ROBOTIK SKOT (2)
About:

18 SEPTEMBER 2023 | PROGRAM JURULATIH DAN MENTOR UMK: KELAB ROBOTIK SKOT (2) UNTUK PERSEDIAAN KE PERTANDINGAN ROBOTIK ROBO TRACER PETROSAINS 2023 DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN. DUNGUN, TERENGGANU

Ts. Dr. Mazlan Bin Mohamed, Pensyarah Kanan FSDK telah dijemput sebagai jurulatih dan mentor bagi pasukan robotik SK Othman Talib (2) untuk pertandingan Petrosains RBTX Challenge peringkat Zon Timur 2023: Robo Tracer Junior. Program latihan ini telah diadakan di SK Othman Talib (2), Pasir Mas. Jalinan kerjasama ini adalah antara Kelab Robotik SK. Othman Talib (2) dengan UMK.

Untuk pengetahuan semua, pasukan robotik SK Othman Talib (2) telah berjaya layak menyertai Pertandingan Robo Tracer Petrosains RBTX Challenge Peringkat Zon Timur 2023 yang akan diadakan pada 19-20 September 2023. Program persediaan ini juga turut dibantu oleh 5 orang pelajar latihan industri.

Kelab robotik SKOT (2) ini memerlukan kepakaran dalam ‘codding’ untuk persediaan ke pertandingan itu nanti. Semoga segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu pasukan robotic SKOT (S) untuk berjaya dalam pertandingan tersebut.

Pihak FSDK berharap agar pasukan robotik SK Othman Talib (2) akan berjaya dengan jayanya dalam pertandingan tersebut.


Location: POLITEKNIK SULTAN MIZAN. DUNGUN, TERENGGANU
Start Date: 18-Sep-2023
End Date: 18-Sep-2023
Time:

Title: JOK CIP MA PROGRAM OUTREACH BERSASAR DI GUA MUSANG (11092023)
About:

JOK CIP MA PROGRAM OUTREACH BERSASAR DI DAERAH GUA MUSANG

Kepada semua calon-calon laluan khas bagi lepasan SPM & STPM/Setaraf? Calon-calon yang bercita-cita tinggi, tetapi mungkin merasa bingung dalam memilih laluan pendidikan yang tepat, kami ada untuk anda!

Mari sertai kami Booth FSDK di Program Outreach Bersasar untuk mendapatkan panduan eksklusif tentang laluan pendidikan yang ditawarkan. Bertemu dengan perwakilan berpengalaman yang akan menjawab semua pertanyaan anda dan membantu anda melangkah ke arah yang benar dalam mencapai impian akademik anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi potensi anda dan memahami syarat-syarat kemasukan serta peluang yang menanti anda. Sertailah kami pada 11 September 2023 (Isnin) di SMK Panggung Jaya, Gua Musang, bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Yang lebih mengujakan lagi, masuk adalah PERCUMA!

Di Booth FSDK, kami menyediakan aktiviti-aktiviti menarik, maklumat terkini, dan jawapan kepada pertanyaan anda. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom sertai kami dan terokai peluang-peluang yang menunggu anda! Mari kita bersama-sama menjayakan impian pendidikan anda. Sertai kami sekarang!"


Location: SMK PANGGUNG JAYA, GUA MUSANG
Start Date: 11-Sep-2023
End Date: 11-Sep-2023
Time:

Title: MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PERASMIAN PENUTUP PROGRAM PENJANA KPT-P
About:

5 Ogos 2023 I MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PERASMIAN PENUTUP PROGRAM PENJANA KPT-PACE PENSIJILAN PROFESIONAL MICROSOFT POWER BI DATA ANALYST

Fakulti Sains Data dan Pengkomputeran (FSDK) dengan kerjasama Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG hari ini menyerahkan sijil tamat program Pensijilan Profesional Microsoft Power BI Data Analyst kepada 100 orang pelajar UMK termasuk 3 pelajar antarabangsa bersempena majlis perasmian penutup program yang diadakan di The Grand Gerai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Penganugerahan dan Perasmian Penutup Program Penjana KPT-PACE Pensijilan Profesional Microsoft Power BI Data Analyst anjuran Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) dengan kerjasama Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad yang diringi oleh Dekan Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK), Dr. Hasyiya Karimah binti Adli dan Timbalan Dekan FSDK, Ts. Dr. Hadhrami bin Ab Ghani. Turut hadir, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Fadil bin Mohd Yusof dan Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Dr. Muhammad Akmal bin Remli.


Location: The Grand Gerai Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Start Date: 05-Aug-2023
End Date: 05-Aug-2023
Time:

Title: MICROSOFT CERTIFIED: POWER BI DATA ANALYST 2023
About:

Program Empowering Graduates (KPT-PAGES)


Location: UMK, Kampus Kota
Start Date: 06-Aug-2023
End Date: 06-Aug-2023
Time:

Title: 27 JULAI 2023 | PROGRAM UMK@SCHOOL : ROAD2UMK bersama FSDK
About:

27 JULAI 2023 | PROGRAM UMK@SCHOOL : ROAD2UMK bersama FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN

Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Nor Alina Ismail, sebagai panel UMK@School Road2UMK yang mempromosikan Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) dengan memberikan pendedahan kepada mereka mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang sains data.

Penglibatan yang aktif juga daripada 3 orang pelajar FSDK iaitu Ahmad Syahmi Danial sebagai moderator dan wakil pelajar Tahun 1 iaitu Nur Fatihah dan Muhammad Zakwan, pelajar Tahun 2 yang turut berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pelajar di FSDK.

Semoga dengan perkongsian ini, minat pelajar untuk menyertai Fakulti Sains Data semakin meningkat dan mendapat respons yang positif.

Dengan kepelbagaian bidang sains data dan komputeran, diharapkan fakulti ini menjadi destinasi pilihan utama bagi para pelajar yang berminat menyertai bidang teknologi yang sentiasa berkembang.


Location:
Start Date: 27-Jul-2023
End Date: 27-Jul-2023
Time:

Title: KUNJUNGAN HORMAT PAHANG SKILLS KE FSDK
About:

13 JULAI 2023 | Kunjungan Hormat Pahang Skills Development Centre ke Fakulti Sains Data Dan Komputeran (FSDK)

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah menerima kunjungan hormat daripada Pahang Skills. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Timbalan Dekan FSDK, Ts. Dr. Hadhrami Ab Ghani, Ketua Jabatan, Ts. Dr. Alina Ismail serta Penolong Pendaftar, Pn. Norlifarizam Mohamad Siebi.

Ianya bertujuan bagi mempromosikan Program Upskilling kepada lepasan Siswazah.

En. Muhammad Suhaizzat Bin Mohd Salleh selaku Penolong Pengarah Kanan (Unit Program khas) Pahang Skills turut memperkenalkan beberapa pensijilan yang ditawarkan seperti Siemens PLC Programming with IoT Intergration, Solat GCPV Technology System Installation, Phyton certification and Application in Data Analitics, Drone pilot for agriculture dan pelbagai lagi pensijilan menarik yang mana boleh membantu pelajar lepasan siswazah dalam meningkatkan kebolepasaran.

Matlamat utama program yang ditawarkan adalah membantu rakyat Malaysia mencari program latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka serta Meningkatkan daya saing pencari kerja, dan menyiapsiagakan mereka untuk kerjaya jangka panjang dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi.

Turut hadir En. Mohd Adhan Safarin Bin Kamaruddin, Penolong Pengarah (Unit Program Khas) dan En. Umar Baki Bin Suboh, Penolong Operasi (Unit Pentadbiran) dari Pahang Skills.


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota
Start Date: 13-Jul-2023
End Date: 13-Jul-2023
Time:

Title: KUNJUNGAN HORMAT FSDK DAN AIBIG KE BPTM SUK
About:

11 JULAI 2023 | KUNJUNGAN HORMAT FSDK DAN AIBIG KE BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BPTM), PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) NEGERI KELANTAN

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG, Dr. Muhammad Akmal Remli serta diiringi oleh Ketua Jabatan FSDK, Ts. Dr. Nor Alina Ismail serta Felo Bersekutu AIBIG iaitu Ts. Dr. Mazlan Mohamed dan Ts. Cik Salmiah Ahmad.

Kunjungan kami disambut baik oleh En. Nik Rahimin Wan Husin selaku Pengarah BPTM serta turut hadir En. Mohd Zawawi Ab Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat (Seksyen Pembangunan), Pn. Salina Adnan, Pegawai Teknologi Maklumat (Seksyen Operasi) dan Tuan Asri Tuan Deraman, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Seksyen Operasi).

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan BPTM terutama dalam bidang Kepintaran Buatan (AI) dan Sains Data. Selain itu, program latihan seperti pensijilan, seminar dan bengkel tentang kursus profesional dari segi penyelidikan di bawah AIBIG turut dibentangkan kepada pihak BPTM. Pada masa yang sama program akademik yang ditawarkan di FSDK juga turut dipromosikan.

Semoga kerjasama yang terjalin dengan pihak BPTM ini akan berterusan dan membuka peluang yang lebih besar lagi pada masa akan datang.


Location: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) NEGERI KELANTAN
Start Date: 11-Jul-2023
End Date: 11-Jul-2023
Time:

Title: MAJLIS PERASMIAN FSDK 2023
About:

Perasmian Fakulti Sains Data dan Komputeran, FSDK


Location: Dewan Terbuka Keusahawanan UMK
Start Date: 08-Jun-2023
End Date: 08-Jun-2023
Time:

Title: IoT Exhibition June 2023
About:

IoT Exhibition 


Location: IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota
Start Date: 26-Jun-2023
End Date: 26-Jun-2023
Time:

Title: INNOVATION DAY 2023 at FCUC
About:

24 MAY 2023 | INNOVATION DAY 2023 UNVEILS CUTTING-EDGE PROJECTS BY STUDENTS

Seramai 8 orang pelajar Tahun Pertama FSDK telah menyertai INNOVATION DAY 2023 UNVEILS CUTTING-EDGE PROJECTS yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Komputeran yang bertempat di First City University College dengan jayanya. Projek yang dilaksanakan oleh para pelajar ini telah diselia oleh Dr. Fakhitah Binti Ridzuan.

Terdapat 2 projek yang telah dipamerkan di sana. Projek pertama ialah Wasteless “Trim the waste feed the world”. Objektif bagi projek ini adalah untuk mengurangkan sisa makanan yang berlebihan dengan penjualan makanan yang hampir tamat tempoh dan mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan kemampauan untuk membeli makanan yang berpatutan. Pelajar yang terlibat membina system ini adalah Ng Poh Siang, Wan M.Hafiz, Najwatul Intan Dan Muhammad Danish.

Projek kedua adalah myMedicare yang mana projek ini merupakan satu sistem memasukkan data secara manual yang digunakan untuk kemasukan data dan penyimpanan rekod dalam organisasi terdedah kepada ralat, memakan masa dan kurang kecekapan. Pergantungan pada input manual meningkatkan risiko kesilapan tipografi, pertindihan data dan kelewatan dalam memproses maklumat. Pelajar yang terlibat adalah Muhamad Fikri, Nur Diyanah Putri, Muhammad Khairul Syahmi dan Nur Dinie Faqihah.


Location: First City University College
Start Date: 24-May-2023
End Date: 24-May-2023
Time:

Title: Karnival UMK TechnoConnect 2023
About:

JUMPA ESOK!!

KARNIVAL UMK TECHNOCONNECT 2023 ¿

Tarikh/Hari : 7-8 Jun 2023

Masa : 10.00 pagi - 5 petang

Tempat : UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa

AKTIVITI MENARIK MENANTI ¿

¿¿ Pertandingan Singing Show: Conquer the Mic

¿¿ Rubik's Cube Competition: The Brainz

¿¿ Pertandingan Mobile Legend League

¿¿ Seminar & Bengkel

¿¿ Pameran Produk AI & IR4.0 Digital

¿¿ Photobooth

¿¿ Gerai Usahawan

Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG


Location: UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa
Start Date: 07-Jun-2023
End Date: 08-Jun-2023
Time: 10.00 pagi - 5 petang

Title: MESYUARAT MAJLIS DEKAN-DEKAN ICT (MADICT)
About:

MESYUARAT MAJLIS DEKAN-DEKAN ICT (MADICT)

24 Mei 2023, Mesyuarat MaDICT IPT BIL. 2/2023 telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dihadiri oleh hampir semua Dekan Fakulti IT/ICT IPTA termasuk dengan Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli. Hasyiya Adli Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi MaDICT, Profesor Dato' Dr. Bahari Bin Belaton, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM).

Mesyuarat diteruskan lagi dengan pengesahan minit mesyuarat MaDICT Bil. 1/2023 serta perkara-perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lepas. Antara agenda yang dibincang adalah mengenai program pengajian, penyelidikan, pemindahan ilmu, Kerjasama antara university, laman sesawang dan kewangan MaDICT.


Location: Bilik Mesyuarat Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Start Date: 24-May-2023
End Date: 24-May-2023
Time:

Title: LAWATAN KOLABORASI DAN PERBINCANGAN PDTI DI MDEC
About:

LAWATAN KOLABORASI DAN PERBINCANGAN PROGRAM PREMIER DIGITAL TECH UNIVERSITIES AND POLYTECHNICS (PDTI) DI Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

22 MEI 2023 (ISNIN) | Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Adli bersama dengan En. Khairul Nizar Syazwan (Pensyarah FSDK) telah mengadakan lawatan di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta menghadiri sesi perbincangan mengenai program Premier Digital Tech. Universities and Polytechnics (PDTI).

Turut hadir bersama adalah pegawai daripada pembangunan Bakat Teknologi Digital Pendidikan MDEC adalah En. Azmar Hisham dan En. Taufiq.

Sesi perbincangan dimulakan dengan pengenalan mengenai latar belakang FSDK, Program PDTI dan strategi FSDK untuk menjadi salah satu ahli PDTI. Selain itu, FSDK berharap mendapat peluang kolaborasi untuk digital skill competency, grant, consultations dan dana fizikal serta non-fizikal bagi program digital IR4.0 di Kelantan.


Location: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Start Date: 22-May-2023
End Date: 22-May-2023
Time:

Title: RAMADAN JOURNEY WITH FSDK 2023: MAJLIS BERBUKA PUASA
About:

5 APRIL 2023 | Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) dengan kerjasama UMK Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG bersama Kelab Kebajikan Sains Data (KESAIDA) telah mengadakan program Ramadan Journey with FSDK: Majlis Berbuka Puasa bersama dengan pelajar-pelajar FSDK pada 5 April 2023 (Rabu) bersamaan 14 Ramadan 1444H bertempat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota.

Seramai 151 orang pelajar, kakitangan FSDK dan AIBIG telah hadir bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa ini. Tujuan anjuran program ini untuk mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim antara pelajar dan kakitangan FSDK dan AIBIG.

Program dimulakan dengan Sharing Session yang telah disampaikan oleh Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani (Timbalan Dekan FSDK). Selesai sahaja sesi perkongsian, Pembahagian Zakat kepada 10 pelajar FSDK telah disampaikan oleh Dr. Hasyiya Karimah Adli selaku Dekan FSDK. Pemberian zakat ini telah disumbang oleh dermawan manakala juadah berbuka puasa disediakan daripada hasil sumbangan yang telah dikutip. Turut berlangsung, solat Maghrib secara berjemaah.

Pihak FSDK dan AIBIG merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kehadiran semua. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Location: Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota.
Start Date: 05-Apr-2023
End Date: 05-Apr-2023
Time:

Title: PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE FSDK 2023
About:

21 Mac 2023 (Selasa) | Perjumpaan mentor-mentee pelajar FSDK bersama dengan Dr. Muhammad Akmal Remli yang bertempat di Ruang Pejabat AIBIG.


Location: Ruang Pejabat AIBIG
Start Date: 21-Mar-2023
End Date: 21-Mar-2023
Time:

Title: Training on Microsoft Certification: Azure AI Fundamentals
About:

19th-21st March 2023 | Training on Microsoft Certification: Microsoft Azure AI Fundamentals successfully organized by the UMK Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG and the Faculty of Data Science and Computing (FSDK). This training was attended by 114 students from the UMK Internship, Final Year and Postgraduates students.

Mastering the basics in AI can help you jump-start your career and get ready to dive deeper into the other technical opportunities Azure offers. Artificial intelligence (AI) opens doors into possibilities that might have seemed like science fiction only yesterday. Using AI, you can build solutions, improve your apps and advance technology in many fields, including healthcare, financial management, and environmental protection, to name just a few.

Congratulations to all the participants who took part in this training and special thanks to our instructor, Dr. Hasyiya Adli . A big thank you to Dr. Muhammad Akmal Remli and Dr. Marieanne Leong for your contribution and support to this training.

Wishing you all the best on your self-paced training and certification exam.¿¿


Location:
Start Date: 19-Mar-2023
End Date: 21-Mar-2023
Time:

Title: AGM KESAIDA 2023
About:

22 Mac 2023 | Rabu

Kelab Kebajikan Sains Data (KESAIDA) telah menganjurkan Annual Grand Meeting (AGM) KESAIDA yang bertempat di IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota. KESAIDA merupakan sebuah kelab yang menggabungkan dua Pusat Tanggungjawab (PtJ) iaitu Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) bersama UMK Institute for Artificial Intelligence and Big Data - AIBIG

AGM dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi iaitu Dr. Akmal Remli yang membincangkan agenda AGM. Antara agenda ialah memperkenalkan semula ahli-ahli jawatankuasa lama kepada penyarah dan staf yang baru menyertai KESAIDA pada tahun ini, Sesi tayangan video montaj memaparkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2020 sehingga 2023, laporan kewangan, aktiviti yang akan dilaksanakan serta pelantikan jawatankuasa baru bagi sesi 2023 hingga 2024.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas khidmat dan jasa sepanjang 2020 sehingga 2022 kepada, Dr. Akmal Remli selaku pengerusi KESAIDA, Pn. Suzana Shari sebagai Setiausaha, Pn. Nor Akma Shatilla selaku Bendahari serta En. Azanizam Alwi sebagai AJK Teknikal.

Tahniah juga diucapkan kepada jawatankuasa baru KESAIDA 2023-2024 iaitu Dr. Fakhitah Ridzuan sebagai Pengerusi, Pn. Nor Azizah Halil Nor Rahman selaku Setiausaha, Cik Fairuz Ayuni sebagai bendahari dan AJK Teknikal iaitu En. Hakimi Zuhairi. Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi sumbangan idea dan tenaga serta menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang.

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan jamuan Potluck. Terima kasih kepada semua warga FSDK dan AIBIG yang membawa makanan dan minuman untuk jamuan Potluck yang telah menjayakan program ini.


Location: IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota
Start Date: 22-Mar-2023
End Date: 22-Mar-2023
Time:

Title: FSDK4SOCIETY: DIGITAL TOURISM VOLUNTEERS @ DABONG @ KELANTAN
About:

18 Mac 2023 (Sabtu) | Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah menganjurkan program FSDK4Society: Digital Tourism Volunteers @Dabong yang melibatkan pensyarah, staf pentadbiran serta pelajar-pelajar FSDK yang bermula pada jam 6 pagi dan berakhir pada 8 malam.

Objektif utama program ini adalah mempromosikan industry pelancongan di Kelantan selain mengaplikasikan kaedah pembelajaran Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM).

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada Dekan FSDK, Dr Hasyiya Karimah Adli yang menjelaskan tugasan yang akan dilakukan semasa program ini berlangsung. Pelajar-pelajar telah diberikan tugasan secara berkumpulan iaitu mempromosikan destinasi pelancongan di Kelantan melalui penghasilan video dan dihantar ke media social seperti Facebook. Setiap video yang dihasilkan telah dinilai oleh pensyarah FSDK. Pelajar-pelajar telah memberikan komitmen dan melaksanakan tugasan masing dengan jayanya melalui kerjasama antara kumpulan.

Seterusnya selepas selesai menghantar video, sesi pembentangan oleh para pelajar dilakukan bagi menjelaskan isi kandungan dan pemahaman mereka terhadap video yang dihasilkan. Sesi penilaian dan komen daripada pensyarah FSDK iaitu Dr, Hasyiya Adli, Dr. Akmal Remli dan Dr. Fakhitah Ridzuan juga dilakukan bagi menambahbaik lagi penghasilan video di masa akan datang.

Program dimeriahkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada 3 kumpulan yang menghasilkan video terbaik mengikut pemarkahan yang telah ditetapkan. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 5, tempat kedua jatuh kepada kumpulan 1 dan Kumpulan 2 mendapat tempat ketiga. Program ini berakhir pada jam 8 malam sebaik sahaja peserta tiba di UMK Kampus Kota.

Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini.

 


Location: Dabong
Start Date: 18-Mar-2023
End Date: 18-Mar-2023
Time: 6 pagi hingga 8 malam

Title: DELEGASI FSDK KE AdvCOMP UniMAP
About:

Delegasi Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah mengadakan kunjungan hormat ke AdvComp iaitu sebuah pusat kecemerlangan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Delegasi ini telah diketuai oleh Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli, Dekan FSDK.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam beberapa bidang kegiatan akademik seperti pensyarah pelawat, penasihat penyelidikan, penerbitan bersama, geran padanan. AdvComp merupakan pusat kecemerlangan di UniMAP yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam bidang pengkomputeran canggih. Sejajar dengan dasar IR4.0, Advanced Computing memainkan peranan penting dalam pelaksanaan IR4.0.

Turut menyertai kunjungan ini ialah dua orang pensyarah FSDK iaitu Dr. Fakhitah Ridzuan dan En. Khairul Nizar Syazwan Wan Salihin Wong.

Kunjungan kami disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Naimah Yaakob,Ketua AdvComp, Ts. Dr Wan Azani Wan Mustafa, Ketua Kluster Penyelidikan Pengkomputeran Pintar, Prof. Madya Syed Zulkarnain Syed Idrus, Ketua Kluster Penyelidikan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi dan Keselamatan, Prof. Madya Ts. Dr Ku Nurul Fazira Ku Azir Penolong Kluster Penyelidikan Pengkomputeran Prestasi Tinggi dan Keselamatan Prof Madya Ts. Dr. Phaklen Eh Kan, Felo Penyelidik Prof. Madya Ir . Ts. Dr Mohd Nazri Mohd Warip P.Eng, C.Eng, Ketua Kluster Netwoking dan Integrasi Sistem CITP Prof. Madya Dr. Ong Bi Lynn Penolong Penyelidikan Kluster Netwoking dan Integrasi Sistem.

Kunjungan delegasi ini diharapkan dapat membuka pintu yang lebih luas bagi pelbagai peluang kerjasama yang saling menguntungkan dan membawa manfaat jangka panjang bagi kedua belah pihak.


Location: AdvComp, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Start Date: 26-Jul-2023
End Date: 26-Jul-2023
Time:

Title: BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK FSDK 2023
About:

BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN (FSDK)

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik pada 13 sehingga 15 Mac 2023 bertempat di IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota yang melibatkan semua staff di FSDK.

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bagi merangka halatuju FSDK serta memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengurusan dan perkhidmatan tadbir urus FSDK.

Hari pertama bengkel dimulakan dengan Sesi Perkongsian daripada Prof. Emeritus Dato' Ir. Ts. Dr. Zainai bin Mohamed yang telah dijemput khas dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk berkongsi serta membimbing FSDK bagi mengorak langkah ke hadapan dengan penyediaan Pelan Strategik yang lebih mampan.

Hari kedua diteruskan lagi dengan aktiviti secara berkumpulan yang telah diketuai oleh Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli. Antara input yang dibincangkan adalah merangkumi dari segi Akademik, Penyelidikan & Inovasi, Jaringan Industri & Masyarakat, Sumber Manusia, Tadbir Urus, Infrastruktur serta Penjanaan Pendapatan.

Hari terakhir bengkel diakhiri dengan sesi pembentangan daripada kesemua wakil yang merumuskan hasil perbincangan strategi yang berupa projek inisiatif, aktiviti serta program yang akan menyokong pencapaian PI 2023 dan tahun seterusnya.

Semoga segala input yang diperoleh daripada bengkel ini dapat diterjemah kepada keunggulan serta kejayaan FSDK pada masa akan datang.


Location: IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota
Start Date: 13-May-2023
End Date: 15-May-2023
Time:

Title: BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK FSDK SIRI 2
About:

16-18 JULAI 2023 | BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN (FSDK) SIRI 2

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Siri 2 bertempat di IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota yang melibatkan semua staf.

Fasilitator yang telah dijemput adalah Prof. Emeritus Dato' Ts. Dr. Tengku Mohd Bin Tengku Sembok, iaitu Professor Pakar dalam bidang Sains Komputer dan Data Sains di Universiti Islamik Antarabangsa Malaysia (IIUM) bagi memberikan pandangan yang berharga dan kepakaran beliau dalam bidang perancangan strategik.

Tujuan bengkel ini diadakan supaya menjadi platform yang berharga bagi FSDK untuk merangka strategi dan rancangan yang berkesan bagi masa depan fakulti kearah mencapaI matlamat dan visi yang telah ditetapkan.

Harapannya, bengkel perancangan strategik ini akan membawa impak yang besar kepada FSDK dan mengukuhkan kedudukan fakulti sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang sains data dan komputeran.


Location: IR 4.0 Competence Centre, UMK Kampus Kota
Start Date: 16-Jul-2023
End Date: 18-Jul-2023
Time:

Title: PERTANDINGAN INNOVATION AND TECHNOLOGY CHALLENGE 2021 (INTECH-21)
About:

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN INNOVATION AND TECHNOLOGY CHALLENGE 2021 (INTECH-21) ANJURAN UNIVERSITI MALAYA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI | 27 FEBRUARI 2023

Tahniah dan syabas diucapkan kepada empat orang pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang telah memperoleh kejayaan dalam pertandingan keusahawanan peringkat kebangsaan Innovation & Technology Challenge 2021 (InTech-21).

Empat pelajar FSDK tersebut adalah Muhammad Fahmi, Adam Fikri, Aaron Teah Zhi Jie dan Ahmad Faez. Setinggi penghargaan juga kepada Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani selaku penyelia bagi Projek BookJer atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikanoleh beliau. Tahniah sekali lagi!

Innovation & Technology Challenge 2021 (InTech-21) merupakan program pertandingan cabaran keusahawanan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya.

InTech-21 memberi peluang kepada para peserta untuk menawarkan penyelesaian e-dagang kepada permasalahan kehidupan manusia sekaligus berupaya mencapai matlamat Sustainable Development Goals (SDG).

Selain itu, InTech-21 juga bermatlamat melonjakkan keusahawanan e-dagang pengetahuan seiring keperluan kehidupan pasca Covid-19 yang mementingkan aspek pendigitalan serta penggunaan aplikasi mobile.


Location:
Start Date: 28-Feb-2023
End Date: 28-Feb-2023
Time:

Title: SESI PEMBENTANGAN PELAJAR INDUSTRI FSDK
About:

 

12 Januari 2023 | SESI PEMBENTANGAN PROJEK PELAJAR LATIHAN INDUSTRI FSDK

Dr. Hasyiya Karimah Adli dan Ts. Dr. Hadhrami Ab. Ghani telah mendengar pembentangan projek tiga orang pelajar latihan industri daripada UiTM Kuala Terengganu dan UiTM Shah Alam.

Pelajar yang terlibat adalah NurSyahida Binti Mat Daros, Nor Ain Shapiqa Binti Mohd Sukeri dan Fasihah binti Ismail. Projek yang dibentangkan bertajuk “Smart Home IoT using Arduino Sensor” yang melibatkan penggunaan RFID sensor, Flame sensor, DHT sensor dan Photoresistor sensor.

Smart Home atau Rumah Pintar merupakan sebuah konsep yang mana melibatkan penggunaan Internet of Things (IoT) seperti Arduino Mega bagi projek ini.


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota
Start Date: 12-Jan-2023
End Date: 12-Jan-2023
Time:

Title: MESYUARAT POST-MORTEM AUDIT DALAMAN FSDK
About:

MESYUARAT POST MORTEM AUDIT KUALITI DALAMAN, FAKULTI SAINS DATA DAN KOMPUTERAN (FSDK)

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Ketua Penyelaras JK Kualiti, Akreditasi & Pembangunan Akademik, Prof Madya Dr. Nooraini Yusoff

Tarikh : 13 Disember 2022 (Selasa)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, UMK Kampus Kota
Start Date: 13-Dec-2022
End Date: 13-Dec-2022
Time: 10.00 Pagi

Title: P&P : Object Oriented Programming (OOP)
About:

Coding is Fun! Our students enjoyed completing the Jigsaw Classroom activities today. Students were engaged in learning Object Oriented Programming (OOP) course using JAVA in unconventional ways!

They learn using Jigsaw cooperative learning by forming expert and jigsaw groups. It promotes better learning, improves motivation and increases the enjoyment of the learning experience! All students could solve five OOP problems and code in just 1 hour!


Location: MAKMAL ARTIFICIAL INTELLIGENCE
Start Date: 14-Dec-2022
End Date: 14-Dec-2022
Time:

Title: JOM MASUK IPT 2022
About:

JOM MASUK IPT 2022


Location:
Start Date: 13-Jun-2022
End Date: 13-Jun-2022
Time:

Title: ACADEMIC PROGRAM @ JSD
About:

Permohonan Kemasukan Program Ijazaah Sarjana  Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian


Location:
Start Date: 25-May-2022
End Date: 25-May-2022
Time:

Title: JSD Students
About:
Location: Dewan Terbuka Keusahawanan UMK
Start Date: 25-May-2022
End Date: 25-May-2022
Time:

Title: Lawatan Audit Kualiti Dalaman JSD/FSDK
About:

Lawatan Audit Kualiti Dalaman JSD/FSDK


Location: Bilik Mesyuarat Maybank, Kampus Kota
Start Date: 06-Dec-2022
End Date: 06-Dec-2022
Time: 9.00 AM

Title: Internet-of-thing
About:

Internet-of-Things (IoT) hands-on sessions led by Dr. Hasyiya. This lab session focuses on the demonstration through interactive hands-on the solutions and services of IoT.

Students will be guided through laboratory assignments designed to give them practical real-world experience, where they will deploy a distributed wifi monitoring service, a cloud-based IoT service platform serving various sensors, and more. Students will emerge from the class with a cutting-edge education on this rapidly emerging technology segment, and with the confidence to carry out tasks they will commonly encounter in industrial settings.


Location:
Start Date: 12-Dec-2021
End Date: 12-Dec-2021
Time:

Title: Majlis Apresiasi 2021
About:

Jabatan Sains Data (JSD) telah meraikan penerima Anugerah Dekan dalam Majlis Apresiasi di atas kecemerlangan akademik bagi semester 1 sesi 2021/2022.

Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini mampu memupuk semangat para pelajar untuk terus berjaya pada masa yang akan datang.


Location: Dewan Terbuka Keusahawanan UMK
Start Date: 30-Dec-2021
End Date: 30-Dec-2021
Time:

Title: Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah mengadakan Majlis Apresiasi merupakan acara yang dilaksanakan oleh FSDK bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dan menerima Anugerah Dekan.
About:

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah mengadakan Majlis Apresiasi merupakan acara yang dilaksanakan oleh FSDK bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah diiktiraf sebagai pelajar cemerlang dan menerima Anugerah Dekan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli. Seterusnya adalah penyampaian sijil Anugerah Dekan dan cenderahati kepada pelajar-pelajar cemerlang FSDK yang melibatkan 23 orang pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) daripada Semester 1 bagi pelajar tahun 1 dan semester 2 ,3 dan 4 bagi pelajar tahun 2 dan 3. Penyampaian ini disampaikan oleh Dekan FSDK diiringi Ts. Dr. Hadhrami bin Ab Ghani, Timbalan Dekan dan Ts. Nor Alina Binti Ismail, Ketua Jabatan.

Majlis Apresiasi ini juga dimeriahkan lagi dengan tema suasana hari raya dan bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri di peringkat fakulti. Majlis sambutan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga FSDK.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga FSDK yang terlibat bagi menjayakan program ini.


Location:
Start Date: 17-May-2023
End Date: 17-May-2023
Time:

Title: Kunjungan Hormat Pahang Skills Development Centre ke Fakulti Sains Data Dan Komputeran (FSDK)
About:

Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK) telah menerima kunjungan hormat daripada Pahang Skills. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Timbalan Dekan FSDK, Ts. Dr. Hadhrami Ab Ghani, Ketua Jabatan, Ts. Dr. Alina Ismail serta Penolong Pendaftar, Pn. Norlifarizam Mohamad Siebi.

Ianya bertujuan bagi mempromosikan Program Upskilling kepada lepasan Siswazah.

En. Muhammad Suhaizzat Bin Mohd Salleh selaku Penolong Pengarah Kanan (Unit Program khas) Pahang Skills turut memperkenalkan beberapa pensijilan yang ditawarkan seperti Siemens PLC Programming with IoT Intergration, Solat GCPV Technology System Installation, Phyton certification and Application in Data Analitics, Drone pilot for agriculture dan pelbagai lagi pensijilan menarik yang mana boleh membantu pelajar lepasan siswazah dalam meningkatkan kebolepasaran.

Matlamat utama program yang ditawarkan adalah membantu rakyat Malaysia mencari program latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka serta Meningkatkan daya saing pencari kerja, dan menyiapsiagakan mereka untuk kerjaya jangka panjang dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi.

Turut hadir En. Mohd Adhan Safarin Bin Kamaruddin, Penolong Pengarah (Unit Program Khas) dan En. Umar Baki Bin Suboh, Penolong Operasi (Unit Pentadbiran) dari Pahang Skills.


Location:
Start Date: 13-Jul-2023
End Date: 13-Jul-2023
Time:

Title: RAMAH MESRA BERSAMA NAIB CANSELOR PROF. DATO DR. RAZLI BIN CHE RAZAK BERSAMA WARGA FSDK
About:

8 FEBRUARI 2023 (Rabu) | RAMAH MESRA BERSAMA NAIB CANSELOR PROF. DATO’ DR. RAZLI BIN CHE RAZAK BERSAMA WARGA FSDK

Prof. Dato’ Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor UMK telah mengadakan lawatan ke Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK). Sesi lawatan dimulakan dengan Naib Cancelor melihat ruang makmal FSDK iaitu Makmal Data Science yang kini telah dilengkapi dengan peralatan dari Huawei serta Makmal Artificial Intelligence (gunasama dengan fakulti lain).

Lawatan melawati tapak fasiliti ini telah diketuai oleh Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli dan diiringi oleh Timbalan Dekan, Ts. Dr. Hadhrami Ab Ghani beserta Ketua Jabatan, Ts. Dr. Nor Alina Ismail.

Dalam lawatan tersebut, Dekan FSDK telah membentangkan pencapaian dan hala tuju FSDK serta pemerkasaan fakulti ke arah yang lebih baik pada masa yang akan datang. Perancangan untuk pelancaran Fakulti serta majlis penyampaian Biasiswa melalui FSDKCare Foundation pada bulan Mac 2023 juga dibincangkan.

Prof. Dato’ Dr. Razli juga memberikan input dan pandangan beliau mengenai halatuju dan perancangan FSDK supaya selari berdasarkan perutusan tahun baharu 2023 YB Dato' Seri Mohamed Khalid Noordin, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Pengurusan tertinggi dan seluruh warga FSDK mengucapkan jutaan terima kasih diatas lawatan Naib Cancelor ke Fakulti Sains Data & Komputeran (FSDK).

Semoga dengan pertemuan ini akan memberikan kesan positif kepada seluruh warga FSDK.


Location: Bilik Mesyuarat Eksekutif
Start Date: 08-Feb-2023
End Date: 08-Feb-2023
Time: 9:00 pagi

Title: @ JSD with Freshie
About:

<HelloWorld/> @JSD is an annual event for Freshies, as an introductory session to get introduced to their Academic Advisors, JSD Academics & Staffs.

See you there!!
 


Location: C202DT (Attentive), UMK City Campus
Start Date: 16-Oct-2022
End Date: 16-Oct-2022
Time: 12:00 pm

Title: Huawei Certified ICT Associate-Security
About:

We are proud to introduce our HCIA-Security Professionals@JSD which are Zakwan, Norsyahira, Tasnim and Aaron (our 2nd Year of Bachelor of Information Technology students) who succeed in HCIA-Security Professional Exam and get certified by Huawei! ¿

Huawei Certified ICT Associate-Security is the training and certificating engineers who are capable of collaborating in the design, deployment, and operation of small and medium-sized enterprise network security architecture.

Our bachelor curriculum @JSD is industry-curriculum design which strive in producing professionals among students that certified by renowned IT industry and to guarantee in career opportunity in Data Science field!


Location:
Start Date: 30-Aug-2022
End Date: 30-Aug-2022
Time:

Title: INTRODUCTION TO GIT AND GITHUB
About:

ADAKAH ANDA SEORANG PEMBANGUN PERISIAN ATAPUN MEMPUNYAI MINAT DALAM PEMBANGUNAN PERISIAN? PERNAHKAH ANDA TERFIKIR BAGAIMANA UNTUK SELENGGARA PERISIAN YANG DIBANGUNKAN TANPA PERLU RISAU VERSI PERISIAN?

Mari sertai kami dalam bengkel ¿*Introduction to Git and GitHub* bagi menyelesaikan masalah diatas. Berjuta pembangun perisian dan syarikat besar teknologi masa kini menggunakan platform Git dan GitHub. Selain itu juga, pengetahuan dalam penggunaan Git dan GitHub ini juga merupakan satu kemahiran yang amat diperlukan di industri!


Location: UMK KAMPUS KOTA, PENGKALAN CHEPA
Start Date: 28-May-2022
End Date: 28-May-2022
Time: 9.00 AM ¿ 5.00 PM

Title: Industry-University Challenge 3RD PLACE WINNER DURING SEMI-FINAL CHALLENGE!
About:

The team (405 found!) members are Teah Zhi Ji & Muhammad Fahmi, coached by Dr NurulAqilla & Dr Hadhrami have successfully qualified for the semi-final round and won 3rd place for the "Smart Retail" - Supermarket team challenge.

The Industry-University Challenge 2022 is a national innovation challenge that focuses on innovating Smart Retail, City and Industrial Solutions using Internet of Things technology (IoT) and Artificial Intelligence (AI).

Established since 2017, the Industry-University Challenge is organized by Intel in partnership with CREST, with the aim to provide a platform for participants to challenge themselves to generate innovative ideas and develop impactful solutions. This program has managed to attract the interest of many participants from universities and industries since it was launched in 2017.


Location:
Start Date: 05-Nov-2022
End Date: 05-Nov-2022
Time:

Title: INDUSTRIAL ENGAGEMENT TALK SERIES: PHISHING AND SCAM AVOID GETTING HOOKED.
About:

INDUSTRIAL ENGAGEMENT TALK SERIES: PHISHING AND SCAM AVOID GETTING HOOKED. 


Location: Microsoft Team
Start Date: 30-Jun-2022
End Date: 30-Jun-2022
Time: 12:00 pm - 1:00 pm

Title: HYBRID INTERNATIONAL CONFERENCE CURRENT TRENDS IN ISLAMIC TECHNOLOGY (CTILT 2022) CO-ORGANIZED WITH DEPARTMENT OF DATA SCIENCE, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
About:

HYBRID INTERNATIONAL CONFERENCE “CURRENT TRENDS IN ISLAMIC TECHNOLOGY” (CTILT 2022) CO-ORGANIZED WITH DEPARTMENT OF DATA SCIENCE, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

We are pleased to invite you to participate in “Hybrid International Conference Current Trends in Islamic Technology through Research and Innovation" organized by Faculty of Islamic Technology (FiT), Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA) and co-organizers in conjunction with the Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) supported by the Ministry of Primary Resources and Tourism on:

¿ : Thursday, 9 Zulkaedah 1443H / 9 Jun 2022M

¿ : 8.15 am

For more information please visit:

¿ https://fitunissa.weebly.com/program-schedule-and...

¿ fit.unissa@clouds-space.com


Location: International Convention Centre Brunei Darulsalam
Start Date: 09-Jun-2022
End Date: 09-Jun-2022
Time: 9:00 AM

Title: Program Latihan 'AI-Based Technology & Current Applications in Communication/Industry'
About:

15 Disember 2022 di Hotel Ibis Style Kelantan

Program Latihan 'AI-Based Technology & Current Applications in Communication/Industry'

Konsultan: Ts. Dr. HADHRAMI B Abd Ghani (Pensyarah Kanan FSDK)

60 orang peserta program dari kalangan kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif AND TM Kelantan.


Location:
Start Date: 15-Dec-2022
End Date: 15-Dec-2022
Time:

Title: Majoring Talk Data Science and Artificial Intelligence
About:

Fakulti Sains Data Dan Komputeran (FSDK) akan mengadakan Majoring Talk: Data Science & Artificial Intelligence dan taklimat penawaran aliran bagi kohort pertama program akademik Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aliran program akademik Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian pada 29 Disember 2022.


Location:
Start Date: 29-Dec-2022
End Date: 29-Dec-2022
Time:

Title: Seminar for Industrial Revolution 4.0
About:

Another industrial engagement talk was organized on 23 May 2021. The talk was delivered by Dr. Mohd Zamri Che Wanik,  who is currently a research scientist at Qatar Environment and Energy Research Institute. With his expertise in energy research, Dr. Mohd Zamri delivered a very informative speech on the impacts of IR4.0 on science and technology especially in the energy sector.


Location: Microsoft Teams
Start Date: 23-May-2021
End Date: 23-May-2021
Time: 1 - 2 pm

Title: Industrial Engagement Series:- Designing User Interface[HD]
About:

Department of Data Science had organized its debut webinar of Industrial Engagement Series in February 2021. The title of the online talk was "Designing User Interface", which was brilliantly delivered by an industry expert, Mr. Asrul Nasiruddin. Mr. Asrul gained vast and valuable experiences in this area when he was one of the main designers in various industrial multimedia and animation projects including Ejen Ali and so forth.


Location: FB Live and UMK TV
Start Date: 27-Apr-2021
End Date: 27-Apr-2021
Time: 1 - 2 pm