MOA - Universitas Mercu Buana, Indonesia (UMB)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah universiti awam yang komprehensif di Malaysia, berpusat pada konsep pendidikan keusahawanan dengan kemudahan penyelidikan dan pengajaran, pengalaman, dan pasukan pakar pelbagai disiplin daripada kalangan kakitangannya untuk melaksanakan penciptaan, pembangunan, penyebaran dan aplikasi ilmu yang boleh menyumbang ke arah mencapai matlamat Kerajaan Malaysia membina negara dan UNIVERSITAS MERCU BUANA (UMB) ialah universiti terkemuka yang komited kepada kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi yang bereputasi, mempunyai kakitangan akademik yang berkelayakan tinggi serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Kedua-dua universiti ini, UMK dan UMB ingin menjalin kerjasama dan meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkayakan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pertanian, sains penternakan, pembangunan produk dan keselamatan makanan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kerjasama antara universiti terdiri daripada;

1. Pertukaran pelajar;

2. Pertukaran ahli fakulti;

3. Pertukaran bahan ilmiah, penerbitan akademik dan maklumat kerjasama;

4. Penyertaan bersama dalam penyelidikan, penerbitan dan inovasi; dan

5. Penyertaan bersama dalam seminar, bengkel dan mesyuarat akademik.