MOU - Antsbees Sdn. Bhd.

ANSTBEES ialah syarikat yang menyediakan penyelesaian, pembangunan dan latihan dalam Data Besar, Analitis Data, Kepintaran Buatan dan Pemasaran Digital sebagai sebahagian daripada Industri 4.0. Antsbees Sdn Bhd menyediakan idea asas dan lanjutan untuk Revolusi Perindustrian 4.0. Universiti Malaysia Kelantan dan Antsbees telah membuat perjanjian mengenai kerjasama berikut;


a) Bekerjasama dalam melaksanakan program latihan dan pembangunan untuk pelajar dan pensyarah;
b) Bekerjasama dalam pembangunan struktur akademik dan struktur kurikulum;
c) Bekerjasama dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan termasuk memberi latihan kepada pelajar cemerlang UMK;
d) Memberi khidmat nasihat industri kepada UMK;
e) Bekerjasama dalam program penyelidikan antara UMK dan Antsbees; dan
f) Bekerjasama dalam bidang lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.